Pindaan yang dicadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dengan menggantikan Fasal (1), kata Khalid kepada pemberita di sini hari ini.
Fasal (1) Perkara 52 akan digantikan dengan klausa yang menyebut "Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
"Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."
Abdul Khalid berkata pindaan ini bertujuan mengembalikan prosedur untuk pelantikan tiga pegawai berkenaan seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri sebelum ianya dipinda pada tahun 1993.
Pindaan akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang dijadual diadakan Isnin ini.
Klaus di atas sebenarnya bermaksud :
"Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat DAP dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan